🌙 Manusia yang paling dicinta oleh Mahluk paling dicinta Allah
dan satu-satunya manusia yang mendapatkan salam langsung dari Allah
Semoga kita mendapatkan keberkahan
baik berkah bulan Ramadhan dan keberkahan
Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah
Tanpanya dan tanpa pengorbanan jiwa dan raga wanita contoh sepertinya, kemungkinan kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam sepertimana yang kita kecapi pada hari ini.
*NASABNYA*
Beliau ialah Sayyidah Khadijah binti Khuwailid ibn Asad ibn Abdul 'Uzza ibn Qusay al Asadiyyah r.a. Bertemu (keturunannya) dengan (keturunan) Nabi Muhammad ï·º pada moyangnya, Qusay yang telah menyatukan qabilah-qabilah Quraisy.
Bondanya ialah Fatimah binti Zaaidah ibn al Asam, dari keturunan Bani 'Aamir ibn Luai ibn Ghalib.
Beliau dibesarkan dalam keluarga yang suci dan sebaik-baik keturunan, sesempurna kehidupan dan sebaik-baik akhlak sehingga beliau menjadi seorang wanita yang sempurna budi pekerti dan akalnya.
*PERIBADINYA*
Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها adalah intan permata yang sangat mahal harganya, wanita suci yang amat bersopan santun, mempunyai kecantikan, kelebihan, kematangan dan kebijaksanaan dalam menghadapi semua permasalahan. Beliau juga memiliki daya pentadbiran yang baik dan pengurusan yang teratur, memiliki firasat yang tajam dan bercita-cita tinggi.
*GELARAN*
Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها lebih dikenali dengan gelaran al Kubra (Wanita Agung) kerana kedudukannya yang lebih besar daripada kedudukan wanita-wanita yang lain dan beliau sememangnya paling layak dan berhak dianugerahkan dengan semuanya itu.
*KEWAFATANNYA*
Beliau dipanggil Illahi pada 11 Ramadhan 3 tahun sebelum hijrah Nabi ﷺ (menurut pendapat yang paling sohih). Ketika wafat, Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها berusia 65 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Ma'la.
"Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu ke atasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang telah Engkau simpan di sisinya. Ya Allah! Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas suaminya al Amin; Penghulu kami Nabi Muhammad ï·º dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya sekalian."
Semoga semangat dan jiwa Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها sentiasa membara dan tidak pernah pudar di dalam jiwa Muslimah hari ini demi meneruskan perjuangan mempertahankan Islam yang suci ini.
Rujukan.: Manaqib Sayyidah Khadijah Al Kubra' yang ditulis oleh cucundanya, al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani
Tidak ada komentar:
Posting Komentar